Monday, May 24, 2010

Hilangnya Tidak Bermakna Ilmunya Juga Hilang


Syaikh Al-Azhar, Syeikh Mohammad Tantawi

"Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak mencabut ilmu dada manusia tetapi Dia mencabut ilmu dengan kematian ulama. Apabila matinya ulama, manusia melantik ketua mereka di kalangan yang jahil. Lantas ditanya dan mereka memberi fatwa yang sesat dan menyesatkan."

(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Berita kematian Syaikh Al-Azhar, Syeikh Mohammad Sayed Tantawi yang meninggal di Hospital Amir Sultan di Riyadh serta bekas Imam di Masjid al-Nabawi melebihi 20 tahun, Syeikh Muhammad Ali al-Thani, bukan sahaja berita menyedihkan tetapi kehilangan yang amat besar bagi kesuluruhan umat Islam. Kehadiran dua tokoh ulama Islam ini diibaratkan bintang dan cahaya kepada ummah yang menyinari ilmu-ilmu Islam. Jesturu, 'pemergian' kedua-dua tokoh ulama ini bukan sahaja tercabutnya roh dari jasad sebaliknya ada yang lebih besar dari itu iaitu ilmu yang dimiliki oleh kedua-dua tokoh ini. ~ Al-Fatihah

Hakikatnya, kematian ulama menatijahkan hilangnya pelita kepada ummah. Begitu juga sebagai murabbi yang membentuk peradaban manusia. Mereka mengilmukan manusia yang membawa kepada makrifatullah dan segala tindak tanduk selari dengan syariat Allah S.W.T. Kerana itu apabila kematian mereka diumumkan, betapa 'pemergian' mereka amat terasa di lubuk sanubari masyarakat Islam seantero dunia. Mudah-mudahan Allah S.W.T. mengurniakan kepada mereka kebaikan dan kebajikan atas jasa baik dalam menyebarkan ilmu Allah dan berdakwah kepadanya.


P/S : Semoga tidak wujud "Pemimpin di sajung tapi Ulama dikeji" di kalangan kita.

Tuesday, May 18, 2010

Jangan buat Sesuatu Yang Dilarang Ke Atas Haiwan

(Ehsan Terhadap Binatang)


Hadith :


Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan dengan berkata :


Maksudnya:


Adalah kami (kata ayahanda Abdullah) bersama- sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam suatu perjalanan. Lalu Rasulullah s.a.w. berangkat kerana suatu keperluan Baginda, maka kami melihat hummarah (sejenis burung), bersamanya dua ekor anaknya, kami pun mengambil dua ekor anak burung itu, maka datanglah hummarah itu mengkebas-kebas kepaknya. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun datang dengan bersabda: “Siapa yang menyakiti (menyusahkan) anak-anak burung ini dengan (memisahkan) dari ibunya? Kembalikan semula anak burung ini kepada ibunya …


(Hadits riwayat Abu Daud)

Maksudnya:


Dan Baginda melihat sarang semut yang telah kami bakar. Maka Baginda bersabda: “Siapa membakar ini?” Kami menjawab: “Kami.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya tidak seharusnya di azab dengan api melainkan oleh Tuhan Pemilik api itu (iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala).”

(Hadits riwayat Abu Daud)


Belum Matang Lagi


Dahulu, sering kita ketika zaman budak budak ni suka menangkap haiwan terutamanya belalang dan lalu kita kurung dalam sangkar. Dengan niat kita nak peliharanya. Berbuih ibu bapa kita nasihatkan. "Jangan bela haiwan tu, mati kang berdosa." "Haiwan tu ada ibu bapanya, karang mereka cari anaknya." "Jangan kurung haiwan itu, nanti tidur mimpi kamu dikurung oleh haiwan pula." Namaun semuanya sia-sia kerana kata kita itu tidak berpandukan hadith Rasulullah. Dari kecil ibu bapa kita tidak memperkenalkan kita pada Rasulullah sehingga apa yang mereka kata hanya "Masuk telinga kiri keluar telinga kanan."


Membelek Hadith dan Pegang


Hadith Ibnu Mas'ud menegas keras dua perbuatan. Yakni yang pertama memisahkan anak haiwan itu dengan ibunya dan melarang keras membakar haiwan itu. Tapi ini yang sering kita lakukan. Pernah tak kalian dengar satu pantang orang melayu yang melarang " Suami si isteri yang mengandung dilarang pergi memburu di hutan atau membunuh haiwan ". Hanya Allah yang tahu kebenaran pantang larang ini sehingga ada yang mengatakan anak kita akan berupa haiwan yang kita bunuh itu. Tapi jika difikirkan logiknya memang hanya Allah sahaja yang layak memisahkan anak haiwan itu darinya seperti berlaku kematian dan membakar haiwan itu kerana api itu milik Allah dan neraka yang hak itu miliknya. Oleh itu, akur dan faham perintah Allah dan hadith Rasulullah.

Saturday, May 15, 2010

Kurang Faham dan Sombong Untuk Ambil Tahu


FAHAM HADITH TIDAK INGKAR



Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.

(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)

Rasulullah s.a.w bersabda :

Apabila seorang wanita mendirikan solat yang lima, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun yang dikehendakinya.

(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)

FAHAM HADITH TIDAK INGKAR

Dua hadith periwayat yang sama yakni Ibnu Hibban cukup memberi panduan dan nasihat pada golongan Hawa terutamanya.

Pendapat tentang Hadith 1


Allah menjanjikan ganjaran pahala seperti membebaskan 70 orang hamba sahaya apabila Allah kurniakan anak lantas ibu itu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu seperti digariskan panduan daripada Al-Quran dan Al-Hadith. Apa lagi kita (seorang ibu) mahukan? Anak bukan kena beli tapi diberi free dan yang 'berbayar' ialah ketika menjaganya dan menyempurnakan anak itu sebagai seorang manusia. Lagi Allah kurniakan pahala (nikmat) di akhirat nanti. Wah, dapat anak free dan dapat pahala juga express jadi apa lagi yang kita (ibu) tak mahu bersyukur? Masih lagi tak faham kasih sayang Allah pada hambanya? Sudahlah tak faham malah ingkar. Ingkar tanggungjawab kepada Allah dengan membuang anak yang di sangka percuma. Mungkin mereka ingat barang free maka tak perlu menghargainya dan nak buang pun free.

Allah dan Rasulullah mengalakkan pernikahan yang halal tapi kita kebanyakkan suka mengambil sesuatu itu ekspress. Semua nak senang sesudah kita sengaja menyusahkan tuntutan Allah dan Rasulullah yang senang dan mudah. Tuntutan pernikahan amatlah mudah tapi ramai yang mneyusahkannya sehingga ada yang mengatakan "Ibarat buat express buang pun express''. Inilah akibat kurang faham dan sombong untuk ambil tahu.

Pendapat tentang Hadith 2

Hadith ini menyatakan bahawa wanita itu jika benar menekuni dua rukun iman yang di sebut yakni puasa dan solat maka dicukupkan dengan taati suami dan menjaga kemaluan maka mana-mana pintu syurga menjadi miliknya. Tapi sayang sekali, inilah yang paling dipegang dan dizahirkan dengan perbuatan. Semua in berkait sebenarnya. Apabila rukun imam tidak ditekuni mulalah timbul perbuatan yang tidak diiktiraf di dalam agama Islam. Semua perkara yang Allah larang itulah sebenarnya perkara yang tidak diiktiraf dalam Islam. Menjaga kemaluan, itu yang gagal dipatuhi oleh golongan hawa sekarang. Menjaga kemaluan bukan sahaja apa apa yang 'sulit' tetapi juga menjaga perbuatan yang menyebabkan tidak malu. Jika digariskan perbuatan tidak malu semuanya perkara Allah larang seperti mendedahkan aurat, ingkar suami dan semua yang Islam tidak iktiraf.

PEGANG JANGAN LEPAS

Tuntasnya, banyak hadith dan ayat-ayat Allah menyebut tentang keistimewaan golongan hawa yang 'mudah masuk syurga' tetapi tidak ramai yang berjaya merealisasikan apa yang menjadi tuntutan Allah dan Rasulullah. Nabi Muhammad menceritakan pada para sahabat setelah pulang dari menziarahi syurha dan neraka. Baginda khabarkan wanita lebih ramai di neraka berbanding di syurga. Peganglah Al-Quran dan Hadith Rasulullah dan terus genggam jangan melepaskan ia walaupun apa apa pun ancaman yang menimpamu walaupun ancaman mati. Renunglah dan beramal..

Thursday, May 13, 2010

Musuh Islam Tetap Juga Musuh Kita Orang Beriman


Dari Auf b. Malik r.a.Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." *

*Pengisytiharan baitulmuqaddis sebagai hak Israel

(Hadis riwayat Bukhari)

1) Yahudi adalah kumpulan manusia yang sombong di muka bumi kerana menganggap diri mereka sebagai anak Allah sehingga berhak berbuat sesuka hati mereka mengikut nafsu dan kehendak mereka sepertimana dalam ayat 18 surah Al-Maidah.

2) Bangsa Yahudi dilaknat kerana menyekutukan Allah, sombong dan sikap berbohong mereka sebagaimana disifatkan dalam ayat 30 surat Al-Taubah.

3) Yahudi adalah bangsa yang tamak terhadap kehidupan dunia berdasarkan kefahaman daripada surah Al-Baqarah ayat 96.

4) Yahudi adalah bangsa yang kuat menentang Islam berbanding bangsa Nasrani merujuk kepada ayat 82 surah Al-Maidah.

Berdasarkan petunjuk yang kita perolehi daripada ayat-ayat Allah di atas dan banyak lagi terkandung dalam Al-Quran terbukti permusuhan bangsa Yahudi kepada umat Islam berlarutan sejak sekian lama. Semoga kita manusia yang beragama Islam ni yang memengang Al-Quran sebagai gaya hidup dan Hadith Rasulullah sebagai panduan hidup dapat berfikir sejauh mana kekejaman Yahudi ini. Mari sama sama memulaukan mereka dan melemahkan mereka serta berdoa kepada Allah agar kita terselamat dan diberi perlindungan daripada fitnah yang terbelenggu umat Islam dan kekejaman Dajjal.

Amin..

Monday, May 10, 2010

Aku Beriman Dengan Allah Kemudian Istiqamah

Gambar Di Masjidil Al-Haram

Hadith Wal Istiqamah

Daripada Abi ' Amrah Sufyan bin Abdillah r.a. katanya : Aku bertanya :

"Hai Rasulullah, ajarkanlah kepadaku berkenaan Islam perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorang pun selainmu." Sabdanya " Katakanlah (امنت باالله شم استقم) iaitu aku beriman dengan Allah kemudian istiqamah."

(Hadis Riwayat Imam Muslim dan Al-Baihaqi)

Syarah Al-Hadith

Syeikh Uthaimin dalam syarah dalam Riyadh al-Salihin berkata :

"Istiqamah ialah seorang itu thabit mengikut syariat Allah S.W.T sebagaimana suruhan Allah dan di dahulukannya dengan ikhlas kepada Allah S.W.T."

Walaupun disuruh istiqamah mengikut kadar kemampuan tetapi mestilah berusaha supaya ia membetulkan dengan kebenaran. Hadith ini juga menggesa supaya segala kebaikan dan amalan termasuk pekerjaan dan perkhidmatan yang dilakukan hendaklah dalam istiqamah dengan menghindarkan segala sifat-sifat mazmumah seperti malas, putus asa, semangat yang sekejap dan mudah luntur apabila diejek orang, diperlekeh dan penyebab ini boleh menafikan maksud dan matlamat istiqamah itu sendiri.

Antara Bentuk Istiqamah ialah :

# Melaksanakan segala yang wajib dengan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

# Menambahkan amalan sunat.

# Menjauhi yang haram.

# Melakukan tugas yang diamanahkan dengan berterusan dan konsisten.

Sebahagian Ulama menyebut; Istiqamah dengan makna thabit atau tetap tanpa gundah-gelana dan luntur semangat. Contohilah semut. Ketika mengambil gula di dalam botol meskipun kita mengusirnya namun ia tidak lari sebelum mendapatkan gula tersebut. Dengan bersusah payah akhirnya dia berjaya membawa gula yang lebih besar daripada tubuhnya. Daripada kehidupan binatang pun kita dapat menirunya dan mengambil ikhtibar. Semut yang tidak mempunyai akal pun boleh mencapai kejayaan apatah lagi kita manusia yang mempunyai akal.

Tuesday, May 4, 2010

Agama Dipelajari Bertujuan Keduniaan Semata-Mata


Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Al-Mustadarak bahawa Saidina Umar Al-Khattab berkata : " Saya amat takut nanti akan terkena akan kamu selepas ketiadaan saya nanti, iaitu akan terjadi nanti seorang lelaki yang tidak berdosa, tiba-tiba ia ditangkap, dicincang dan dilapah bagi unta (dibunuh) tanpa sebab."

Berkata Saidina Ali yang berada di bawah mimbar, " Bilakah perkara itu akan berlaku, ya.. Amirul Mukminin (Saidina Umar Al-Khattab), kenapa amat berat bala itu, apakah sebab nyata keganasan itu, sebab apa ditawan para wanita dan anak-anak, kenapa fitnah dan praok peranda menimpa mereka seperti pengisar menghancur barang yang dikisar dan kapak memecahkan kayu api? "

Jawab Saidina Umar Al-Khattab : " Apabila seorang belajar ilmu agama bukan kerana agama dan bukan untuk beramal dengan ikhlas hati, sebaliknya kerana niat ingin mencari harta dan keduniaan melalui ilmu agama dan amalan akhirat "

Saturday, May 1, 2010

Ku Mohon Maaf walaupun Bukan Hari Raya

Assalamualaikum w.b.r. Selamat tua kepada bumi. Ialah, dah masuk bulan Mei(5) dah. Cepat masa berlalu, apa amal istiqomah kita lakukan sepanjang 5 bulan berada dalam tahun 2010. Pejam celik, pejam lagi celik lagi. Sudah lama kita hidup dan hampir pendek umur kita. Justeru itu tanya diri kita, apa amal kebaikan aku pada hari ini dan apa amalan kejahatan aku pada hari ini? Tanya diri, adakah aku berbuat mungkar pada hari ini, tanya diri adakah aku menyakiti hati sahabat seislamku hari ni? Sudahkah aku memohon maaf? Tanya diri, sesali diri dan marah diri ni. Mulalah meminta dan memberi maaf kepada orang dengan ikhlas.. Mulalah sebelum "belum bermula tapi dah berakhir". Usah tangguh, laksanakan..Di kesempatan ini Ana blogger kepada blog "Lampuneonmu dan syarahal-hadith" memohon maaf atas segala silap salah sama ada yang nyata, terkasar, teguran yang menyakitkan dan apa saja salah Ana pada sahabat, keluarga, rakan blogger dan sesiapa yang membuka blog ni dan membaca ayat " Ana mohon maaf".

PENTINGNYA PERSAUDARAAN DARI PANDANGAN HADITH

"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah."

(Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar)

"Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan"

(Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)

"Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka."

(Riwayat Abu Dawud & Annsa'i)

"Tidak halal bagi seorang muslim memutuskan saudaranya (tidak menegur sapa) lebih daripada tiga hari; bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang lagi membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam."

(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

"Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Setiap muslim yang memberikan pakaian kepada muslim yang tidak berpakaian, Allah akan memberikan pakaian syurga kepadanya.Setiap muslim yang memberi muslim lain yang kelaparan,Allah akan memberikan buah syurga kepadanya dan setiap muslim yang memberi minum kepada muslim yang kehausan Allah akan memberikan minum kepadanya dari ar-Rahiqul Makhtum."

(Hadis Riwayat Abu Daud)

"Dari Abdullah bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw. "Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik". Seraya Rasulullah saw menjawab: "Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal"
(Hadith Riwayat Al- Bukhari)

P/S : Semaikan benih persaudaran. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Bertemu dalam iman, mengenal Islam dan menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah. Proud yourself to be a Muslim by a Quality not a Quantity.