Hadith :
Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan dengan berkata :
Maksudnya:
“Adalah kami (kata ayahanda Abdullah) bersama- sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam suatu perjalanan. Lalu Rasulullah s.a.w. berangkat kerana suatu keperluan Baginda, maka kami melihat hummarah (sejenis burung), bersamanya dua ekor anaknya, kami pun mengambil dua ekor anak burung itu, maka datanglah hummarah itu mengkebas-kebas kepaknya. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun datang dengan bersabda: “Siapa yang menyakiti (menyusahkan) anak-anak burung ini dengan (memisahkan) dari ibunya? Kembalikan semula anak burung ini kepada ibunya …”
(Hadits riwayat Abu Daud)
“Dan Baginda melihat sarang semut yang telah kami bakar. Maka Baginda bersabda: “Siapa membakar ini?” Kami menjawab: “Kami.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya tidak seharusnya di azab dengan api melainkan oleh Tuhan Pemilik api itu (iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala).”
(Hadits riwayat Abu Daud)
Belum Matang Lagi
Dahulu, sering kita ketika zaman budak budak ni suka menangkap haiwan terutamanya belalang dan lalu kita kurung dalam sangkar. Dengan niat kita nak peliharanya. Berbuih ibu bapa kita nasihatkan. "Jangan bela haiwan tu, mati kang berdosa." "Haiwan tu ada ibu bapanya, karang mereka cari anaknya." "Jangan kurung haiwan itu, nanti tidur mimpi kamu dikurung oleh haiwan pula." Namaun semuanya sia-sia kerana kata kita itu tidak berpandukan hadith Rasulullah. Dari kecil ibu bapa kita tidak memperkenalkan kita pada Rasulullah sehingga apa yang mereka kata hanya "Masuk telinga kiri keluar telinga kanan."
Membelek Hadith dan Pegang
Hadith Ibnu Mas'ud menegas keras dua perbuatan. Yakni yang pertama memisahkan anak haiwan itu dengan ibunya dan melarang keras membakar haiwan itu. Tapi ini yang sering kita lakukan. Pernah tak kalian dengar satu pantang orang melayu yang melarang " Suami si isteri yang mengandung dilarang pergi memburu di hutan atau membunuh haiwan ". Hanya Allah yang tahu kebenaran pantang larang ini sehingga ada yang mengatakan anak kita akan berupa haiwan yang kita bunuh itu. Tapi jika difikirkan logiknya memang hanya Allah sahaja yang layak memisahkan anak haiwan itu darinya seperti berlaku kematian dan membakar haiwan itu kerana api itu milik Allah dan neraka yang hak itu miliknya. Oleh itu, akur dan faham perintah Allah dan hadith Rasulullah.
No comments:
Post a Comment