Saturday, May 15, 2010

Kurang Faham dan Sombong Untuk Ambil Tahu


FAHAM HADITH TIDAK INGKAR



Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.

(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)

Rasulullah s.a.w bersabda :

Apabila seorang wanita mendirikan solat yang lima, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun yang dikehendakinya.

(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)

FAHAM HADITH TIDAK INGKAR

Dua hadith periwayat yang sama yakni Ibnu Hibban cukup memberi panduan dan nasihat pada golongan Hawa terutamanya.

Pendapat tentang Hadith 1


Allah menjanjikan ganjaran pahala seperti membebaskan 70 orang hamba sahaya apabila Allah kurniakan anak lantas ibu itu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu seperti digariskan panduan daripada Al-Quran dan Al-Hadith. Apa lagi kita (seorang ibu) mahukan? Anak bukan kena beli tapi diberi free dan yang 'berbayar' ialah ketika menjaganya dan menyempurnakan anak itu sebagai seorang manusia. Lagi Allah kurniakan pahala (nikmat) di akhirat nanti. Wah, dapat anak free dan dapat pahala juga express jadi apa lagi yang kita (ibu) tak mahu bersyukur? Masih lagi tak faham kasih sayang Allah pada hambanya? Sudahlah tak faham malah ingkar. Ingkar tanggungjawab kepada Allah dengan membuang anak yang di sangka percuma. Mungkin mereka ingat barang free maka tak perlu menghargainya dan nak buang pun free.

Allah dan Rasulullah mengalakkan pernikahan yang halal tapi kita kebanyakkan suka mengambil sesuatu itu ekspress. Semua nak senang sesudah kita sengaja menyusahkan tuntutan Allah dan Rasulullah yang senang dan mudah. Tuntutan pernikahan amatlah mudah tapi ramai yang mneyusahkannya sehingga ada yang mengatakan "Ibarat buat express buang pun express''. Inilah akibat kurang faham dan sombong untuk ambil tahu.

Pendapat tentang Hadith 2

Hadith ini menyatakan bahawa wanita itu jika benar menekuni dua rukun iman yang di sebut yakni puasa dan solat maka dicukupkan dengan taati suami dan menjaga kemaluan maka mana-mana pintu syurga menjadi miliknya. Tapi sayang sekali, inilah yang paling dipegang dan dizahirkan dengan perbuatan. Semua in berkait sebenarnya. Apabila rukun imam tidak ditekuni mulalah timbul perbuatan yang tidak diiktiraf di dalam agama Islam. Semua perkara yang Allah larang itulah sebenarnya perkara yang tidak diiktiraf dalam Islam. Menjaga kemaluan, itu yang gagal dipatuhi oleh golongan hawa sekarang. Menjaga kemaluan bukan sahaja apa apa yang 'sulit' tetapi juga menjaga perbuatan yang menyebabkan tidak malu. Jika digariskan perbuatan tidak malu semuanya perkara Allah larang seperti mendedahkan aurat, ingkar suami dan semua yang Islam tidak iktiraf.

PEGANG JANGAN LEPAS

Tuntasnya, banyak hadith dan ayat-ayat Allah menyebut tentang keistimewaan golongan hawa yang 'mudah masuk syurga' tetapi tidak ramai yang berjaya merealisasikan apa yang menjadi tuntutan Allah dan Rasulullah. Nabi Muhammad menceritakan pada para sahabat setelah pulang dari menziarahi syurha dan neraka. Baginda khabarkan wanita lebih ramai di neraka berbanding di syurga. Peganglah Al-Quran dan Hadith Rasulullah dan terus genggam jangan melepaskan ia walaupun apa apa pun ancaman yang menimpamu walaupun ancaman mati. Renunglah dan beramal..

No comments:

Post a Comment