Monday, May 10, 2010

Aku Beriman Dengan Allah Kemudian Istiqamah

Gambar Di Masjidil Al-Haram

Hadith Wal Istiqamah

Daripada Abi ' Amrah Sufyan bin Abdillah r.a. katanya : Aku bertanya :

"Hai Rasulullah, ajarkanlah kepadaku berkenaan Islam perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorang pun selainmu." Sabdanya " Katakanlah (امنت باالله شم استقم) iaitu aku beriman dengan Allah kemudian istiqamah."

(Hadis Riwayat Imam Muslim dan Al-Baihaqi)

Syarah Al-Hadith

Syeikh Uthaimin dalam syarah dalam Riyadh al-Salihin berkata :

"Istiqamah ialah seorang itu thabit mengikut syariat Allah S.W.T sebagaimana suruhan Allah dan di dahulukannya dengan ikhlas kepada Allah S.W.T."

Walaupun disuruh istiqamah mengikut kadar kemampuan tetapi mestilah berusaha supaya ia membetulkan dengan kebenaran. Hadith ini juga menggesa supaya segala kebaikan dan amalan termasuk pekerjaan dan perkhidmatan yang dilakukan hendaklah dalam istiqamah dengan menghindarkan segala sifat-sifat mazmumah seperti malas, putus asa, semangat yang sekejap dan mudah luntur apabila diejek orang, diperlekeh dan penyebab ini boleh menafikan maksud dan matlamat istiqamah itu sendiri.

Antara Bentuk Istiqamah ialah :

# Melaksanakan segala yang wajib dengan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

# Menambahkan amalan sunat.

# Menjauhi yang haram.

# Melakukan tugas yang diamanahkan dengan berterusan dan konsisten.

Sebahagian Ulama menyebut; Istiqamah dengan makna thabit atau tetap tanpa gundah-gelana dan luntur semangat. Contohilah semut. Ketika mengambil gula di dalam botol meskipun kita mengusirnya namun ia tidak lari sebelum mendapatkan gula tersebut. Dengan bersusah payah akhirnya dia berjaya membawa gula yang lebih besar daripada tubuhnya. Daripada kehidupan binatang pun kita dapat menirunya dan mengambil ikhtibar. Semut yang tidak mempunyai akal pun boleh mencapai kejayaan apatah lagi kita manusia yang mempunyai akal.

No comments:

Post a Comment