Friday, June 25, 2010

Hak Kita Bersama



Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata bahawa Rasul s.a.w telah bersabda:


"Hak orang muslim atas orang muslim yang lain ada enam perkara; jika engkau bertemu ucaplah salam kepadanya; jika dia memanggilmu, jawablah; jika dia meminta nasihat darimu, berilah dia nasihat; jika dia bersin dan memuji nama Allah, doakanlah baginya; jika dia sakit, ziarahkanlah dia dan jika dia meninggal dunia, iringkanlah jenazahnya".

Keterangan:

Hak Kita Bersama (Sesama Muslim)

1. Mengucapkan salam jika bertemu sebagai langkah untuk menghormati dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama ummat Islam.

2. Menjawab jika memanggil. Perbuatan ini supaya tidak menyakiti saudara kita. Begitulah juga kalaulah kita memangggil saudara kita dan saudara kita tidak menyahut walupun sepatah malah dia pergi dengan selamba aje. Tentulah timbul perasaan yang tak senang di jiwa kita.

3. Memberi nasihat jika diperlukan. Agama Islam juga digelar sebagai nasihat. Ingat memperingati juga diperintah oleh Islam untuk kita melakukannya kerana perbuatan sedemikian memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman.

4. Mendoakan kebaikan untuk orang muslim yang bersin dan memuji kepada Allah.

5. Menziarahi orang muslim yang sedang sakit dan berdoalah kepadanya seperti doa"Wahai tuhan manusia, hilangkanlah penderitaan ini, sembuhkanlah sakit, tuhanku yang menyembuhkan penyakitnya, tiada yang menyembuhkan melainkan tuhanku, iaitu sembuh yang tiada meninggalkan kesan penyakit." Ingatlah di antara kelebihan menziarahi orang sakit seperti sebuah hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Seseorang muslim apabila ia menziarahi saudaranya yang muslim itu, bermakna dia berada di dalam kebun syurga sehinggalah dia kembali ke tempatnya".

6. Mengiringi jenazah orang muslim ke kubur sehingga selesai dikebumikan.

Thursday, June 24, 2010

سو رة يس



Daripada Ma'qal bin Yassar r.a. bahawasanya telah bersabda Rasulullah s.a.w. :

" Hati al-Quran ialah surah Yaasiin, tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampun oleh Allah dosanya dan bacalah surah Yaasiin kepada mereka yang hampir akan mati dan selepas mati "

Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud dan An-Nasaai)

Surah Yaasiin adalah sebahagian dari al-Quran. Oleh itu membaca Yaasiin hendaklah dengan beradad :

1. Dalam keadaan besuci/berwuduk

2. Baca dengan tertib iaitu betul sebutan hurufnya termasuk tajwidnya.

3. Baca dengan sederhana, tidak terlalu cepat, dengan khusyu' dan tawadhu'.

4. Jika berjemaah, bacalah serentak bersama-sama ahli jemaah.

5. Seelok-eloknya fahami erti atau tafsirannya.

6. Niatkan pahala bacaan untuk para arwah yang dimaksudkan atau lain-lain hajat.


Friday, June 18, 2010

Kita Rindu Tak Nabi Sebagaimana Nabi Merindui kita?



Pernah suatu ketika sedang Rasulullah s.a.w berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat.. Tiba bergenang air mata baginda s.a.w.. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w..

Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar.. Baginda mengatakan bahawa " baginda terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya"

Para sahabat merasa iri hati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah s.a.w.."Bukankah kami ini ikhwanmu?.."Rasulullah s.a.w menjawab.."Tidak,kamu semua adalah sahabatku..ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku dan Aku sangat rindu untuk bertemu mereka..".

Adakah rindu di balas rindu?

Bagaimanakah rindu yang kita balas kepada Nabi kita?

Cukuplah permulaan ini banyakkan berselawat kepada Baginda..


Dia (Allah) Segalanya..


Musykirin dahulu dan sekarang yang mana mereka pernah menyoal Nabi Muhammad s.a.w.
"Ya Muhammad, apakah Tuhan kamu itu berupa emas atau perak?"


Untuk menjawab soalan kafir Quraisy itu, maka turunlah kepada Nabi s.a.w. Surah Al-Ikhlas yang ertinya, " Hanya Allah Tuhan Yang Maha Esa. Dia (Allah) tempat mengadu dan juga tempat bergantung. Dia(Allah) tidak beranak dan juga tidak diperanakkan. Dia (Allah) tidak menyerupai dengan tuhan-tuhan yang sembahan orang kafir. Maha Suci (Quddus) Allah daripada apa mereka sangka. "

Setelah Surah Al-Ikhlas itu turun dan telah dibacakan Nabi Muhammad kepada mereka, namu dakwaan dan desakan kafir Quraisy itu tak pernah luntur, lalu mereka majukan lagi tawaran tambahan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang kononnya mengambil jalan tengah yang dianggap mereka sebagai adil.

Tawaran mereka itu berbunyi : " Kalau begini bagaimana wahai Muhammad, kerana engkau orang yang begitu terpengaruh di kalangan pengikut engkau, dan saya juga orang yang berpengaruh pula dalam bangsa Quraisy ini, maka kita ambil saja jalan tengah supaya kita tidak terus bercakaran, iaitu " Kami sembah Tuhan kamu selama sebulan, dan kamu sembah pula tuhan-tuhan kami sebulan juga. Kami ikuti ajaran agama yang kamu bawa selama sebulan dan kamu ikuti pula ajaran agama kami selama sebulan juga? "

Begitulah orang Musyrikin memutar belit sesuatu perkara dan cuba memperbodohkan manusia. Tapi dalam peristiwa ini Nabi kita Muhammad s.a.w. tidak mudah terperdaya.

Saturday, June 12, 2010

Fitrah Tetap Fitrah Yang Usah Disalahi

Aisyah r.a. berkata :

Maksudnya : ~

"Sepuluh perkara yan termasuk fitrah ialah menggunting misai, memelihara dan merapikan janggut, bersiwak, berkumur-kumur, memotong kuku, membasuh bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan aku lupa yang ke sepuluh, Mungkin menghisap air ke dalam hidung."

(Riwayat Ahmad, Muslim, al-Nasa'i dan al-TIrmizi)


Peristiwa yang mengaitkan Hadith

Suatu hari, seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar bin Al-Khattab. Dengan wajah seribu harapan, wanita tersebut meminta Khalifah Umar agar dia diizinkan bercerai daripada suaminya. "Wahai Amirul Mukminin, aku bukan bagi diriku dan bukan pula suamiku ini. Bebaskanlah aku daripadanya. " Ucap wanita itu penuh mengharap.

Tetapi Umar tidak segera menjawab permohonan itu. Beliau memandang keadaan suami wanita itu. Rambutnya kusut masai, kukunya panjang, janggutnya tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara pakaiannya benar-benar tidak sedap mata memandang. Lalu Umar memberi isyarat pada lelaki itu. Beliau memerintahkan lelaki itu mandi, memotong kuku, memotong rambut dan menyisirnya dengan rapi.

Maka lelaki itu pun pergi untuk melaksanakan apa yang disuruh oleh Umar. Tak berapa lama kemudia lelaki itu datang kembali. Lalu Umar mengisyaratkan lelaki itu memengang tangan isterinya yang pada masa itu isterinya langsung tidak mengenalinya. Wanita itu benar-benar kebingungan dan tak mengecam langsung lelaki yang berdiri di hadapannya adalah suaminya yang sah. Wanita itu terkejut kerana lelaki 'asing' itu memengangnya lantas berkata "Wahai Hamba Allah, Subhanallah, apakah kau lancang melakukan perkara seperti ini dihadapan Amirul Mukminin?"

Melihat adengan itu Umar lantas tersenyum, lalu menjelaskan pada si wanita itu sesungguhnya lelaki yang mengenggam tangannya itu adalah suaminya. Dengan tersipu-sipu akhirnya si wanita berkata kepada Khalifah bahawa dia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini. Lantas pasangan itupun kembali dengan mesra bergandingan tangan.

"Begitulah seharusnya para suami persembahkan kepada si isteri. Sesungguhnya para isteri lapang hatinya apabila para suami berhias untuk mereka,sebagaimana para suami berasa tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka." Kata Umar mengakhirinya.

Tuesday, June 8, 2010

Konsep Ter-mansukh dan Ter-Nasakhnya Hadith


Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a. bahawa :

"Rasulullah s.a.w, bersabda: "Jika salah seorang di antara kalian minum, maka hendaklah minum dengan sekali nafas."

(Hadith Riwayat Hakim)

dan

Diriwayatkan dari Abu Qatadag, bahawa:

"Nabi s.a.w. melarang bernafas dalam tempat minuman."

(hadith Riwayat Muslim)

Kedua hadith ini melarang bernafaz dalam tempat minuman ketika sedang minum, atau minum dengan sekali nafas. Kedua hadith ini mansukh atau terbatal secara semulajadinya setelah hadith berikut disabdakan oleh baginda s.a.w.

Diriwayatkan dari Anas, bahawa : "Rasulullah s.a.w pernah bernafas tiga kali ketika sedang minum dan beliau bersabda: " Bahawa ia merasa segar dan puas. Kata Anas maka aku juga akan bernafas tiga kali ketika sedang minum."

(Hadith Riwayat Muslim)

Hadis ini membolehkan nafas ketika sedang minum sampai tiga kali nafas. Hadis ini me-nasakh atau membatalkan hadith terdahulu di atas.

Thursday, June 3, 2010

Dekat padamu..



Al- Nasai dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad s.a.w berpesan,

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling berselawat kepadaku."

Di dalam Al-Quran Surah Al-Ahzab ayat 56, Allah menyatakan yang maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya beselawat ke atas nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam perhormatan kepadanya."

"s.a.w." adalah singkatan daripada 'shallahu 'alaihi wasallam' yang bermakna Allah berselawat dan memberi salam sejahtera keatasnya(Nabi Muhammad). Oleh itu, jika kita tersenarai daripada orang yang beriman seperti di dalam Surah Al-Ahzab itu maka kita juga berselawat kepada Nabi Muhammad seperti Allah dan para malaikat yang lebih tinggi kedudukannya juga berselawat kepada Baginda.