Saturday, June 12, 2010

Fitrah Tetap Fitrah Yang Usah Disalahi

Aisyah r.a. berkata :

Maksudnya : ~

"Sepuluh perkara yan termasuk fitrah ialah menggunting misai, memelihara dan merapikan janggut, bersiwak, berkumur-kumur, memotong kuku, membasuh bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan aku lupa yang ke sepuluh, Mungkin menghisap air ke dalam hidung."

(Riwayat Ahmad, Muslim, al-Nasa'i dan al-TIrmizi)


Peristiwa yang mengaitkan Hadith

Suatu hari, seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar bin Al-Khattab. Dengan wajah seribu harapan, wanita tersebut meminta Khalifah Umar agar dia diizinkan bercerai daripada suaminya. "Wahai Amirul Mukminin, aku bukan bagi diriku dan bukan pula suamiku ini. Bebaskanlah aku daripadanya. " Ucap wanita itu penuh mengharap.

Tetapi Umar tidak segera menjawab permohonan itu. Beliau memandang keadaan suami wanita itu. Rambutnya kusut masai, kukunya panjang, janggutnya tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara pakaiannya benar-benar tidak sedap mata memandang. Lalu Umar memberi isyarat pada lelaki itu. Beliau memerintahkan lelaki itu mandi, memotong kuku, memotong rambut dan menyisirnya dengan rapi.

Maka lelaki itu pun pergi untuk melaksanakan apa yang disuruh oleh Umar. Tak berapa lama kemudia lelaki itu datang kembali. Lalu Umar mengisyaratkan lelaki itu memengang tangan isterinya yang pada masa itu isterinya langsung tidak mengenalinya. Wanita itu benar-benar kebingungan dan tak mengecam langsung lelaki yang berdiri di hadapannya adalah suaminya yang sah. Wanita itu terkejut kerana lelaki 'asing' itu memengangnya lantas berkata "Wahai Hamba Allah, Subhanallah, apakah kau lancang melakukan perkara seperti ini dihadapan Amirul Mukminin?"

Melihat adengan itu Umar lantas tersenyum, lalu menjelaskan pada si wanita itu sesungguhnya lelaki yang mengenggam tangannya itu adalah suaminya. Dengan tersipu-sipu akhirnya si wanita berkata kepada Khalifah bahawa dia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini. Lantas pasangan itupun kembali dengan mesra bergandingan tangan.

"Begitulah seharusnya para suami persembahkan kepada si isteri. Sesungguhnya para isteri lapang hatinya apabila para suami berhias untuk mereka,sebagaimana para suami berasa tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka." Kata Umar mengakhirinya.

No comments:

Post a Comment