Saturday, July 24, 2010

Sayangi Ulama Pewaris Nabi


"Ulama dikeji artis disanjung" Ini ke slogan masa kini? Entahlah.. Kalau melalui peredaran zaman dan apa yang berlaku depan mata begitulah suasananya. Yang lebih menyedihkan ada suara-suara yang tak nyanyi pun sumbang apabila mengatakan ilmu agama yang ada pada kita sekarang bukan shohih dan tak kurang juga mengatakan ulama itu bukan macam Nabi dan Rasul , mereka tak maksum serta ada yang mengejek dan perli para ulama, ingkar dengan fatwa, marah dengan keputusan muzakarah para Ulama. Ingat tak kita akan hadith Rasulullah?

Rasulullah s.a.w. berfirman :

Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (Warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.

Hadith ini diriwayatkan Imam Ahmad, At-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majjah.

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.

(Surah An-Nahl : 43)

Rasulullah s.a.w. bersabda :


Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyayangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami. - (Riwayat Ahmad).


Para ulama berperanan untuk membimbing dan mendidik masyarakat serta menasihati pemerintah sekiranya mereka tidak menjalankan amanah dan tugas seperti yang dikehendaki oleh Islam. Jika para ulama diam membisu dari menyampaikan ajaran Islam yang sebenar maka sudah pastilah sesebuah negara dan masyarakat Islam itu akan menjadi rosak binasa dan jauh dari rahmat Allah Taala. Mereka juga berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan dan menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada manusia. Ilmu pengetahuan yang mereka perolehi itu mestilah disampaikan agar sekalian manusia terus terbimbing untuk melakukan kebaikkan dan sentiasa mentaati perintah Allah Taala.

Friday, July 16, 2010

Jangan Selemah-Lemah Iman


Rasulullah s.a.w. :

"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."

(hadith Riwayat Muslim)

Mahukah kita hanya "selemah-lemah iman" padahal apabila bercakap kita bukan main hebat. Pom pang pom pang.. Ini betul ini salah. Macam ni macam tu. Salah tu, bergini caranya tapi apabila di depan mata ada 'couple' sedang berpelukkan. Maka kita "hanya selemah-lemah iman" itu tandanya apa kita cakap habuk pun tiada dan itu tandanya iman kita masih lemah..

Saturday, July 10, 2010

Sudah sudahlah..


Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidak ada muslim yang ditimpa kesusahan, kesakitan yang berlanjutan, kerisauan, kesedihan, kecedaraan atau kekhuatiran ataupun dicucuk duri melainkan Allah akan menjadikannya ganti rugi (kifara) terhadap dosa-dosanya."

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

" Kemarahan berpunca dari kekecewaan, dan kekecewaan itu berpunca dari ketidakpuas hati menerima satu ketentuan. Atau boleh dianggap kekecewaan itu lahir apabila kita cuba menolak takdir yang tersurat. Bukan mudah menerima takdir yang besar. Apatah lagi menerima hakikat kita kehilangan sesuat berharga. " " Sesungguhnya kita tidak pernah memiliki apa-apa, bagaimana kita perlu merasai kehilangan sesuatu? Aku mengajak diriku dan temanku berfikir.. Adakah kamu memahami bahawa segala yang di dunia ini hanya pinjaman, sebagai modal untuk bekal ke akhirat. Adakah kamu mengerti? " * Kamu harus sedar bahawa kamu atau saya tidak memiliki apa-apa. Semuanya hak milik-Nya. * Segala yang kita miliki adalah pinjaman sementara. Lihat sahaja tubuh yang dapat melakukan pelbagai perkara, ia adalah anugerah Allah. Begitu juga dengan perasaan kamu, ia dapat merasakan bahagia, benci, suka dan duka, semuanya terilham dengan izin Allah. Justeru, seandainya tuan punya barang meminjam sesuatu kepada kita, lalu diambil kembali barang itu, adakah kita wajar marah kepadanya? Sudah tentu tidak, memang dia berhak keatas barangnya dari awal lagi. Ya tepat,itulah konsep manusia terhadap Allah S.W.T. Segalanya adalah pinjaman untuk dijadikan alat beramal sebagai bekal di akhirat. Jika kamu pernah memiliki sesuatu dan kehilangannya, bersyukurlah kerana kamu pernah merasa nikmat memiliki sesuatu itu. Begitu juga dengan nikmat perasaan, jika suatu ketika Tuhan anugerahkan kesedihan selepas kegembiraan, kamu juga patut bersyukur. Mudah-mudahan hidupmu akan segera diganti dengan kegembiraan yang lebih baik.