Sunday, March 20, 2011

Siapa Yang Kuat?

Hadith Rasulullah s.a.w :

"Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah tetapi orang yang kuat mampu menahan nafsu amarahnya."

Tidak pula hadith itu menyatakan orang yang kaut adalah orang yang tidak marah. Marah itu wujud dalam hati kita dan kita memang tidak boleh berbuat apa-apa. Tetapi kita boleh menahan rasa marah itu daripada mempengaruhi tindakan kita. Orang yang berjaya mengawal marahnya daripada mempengaruhi tindakannya itulah adalah orang yang kuat.

jadikan sabar sebagai penahan diri kita daripada sifat yang melampau, termasuk marah yang melampau. Yang utama letakkan sabar dalam diri kamu, kerana itulah asas utama, letakkan sabar dalam diri kamu, kerana itulah peluang kamu melatih rasa sabar kamu.

Sunday, August 15, 2010

Secarik Berkatnya Ramadhan


Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-Ikan di lautan memohon istifar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa."

(Hadith riwayat Al-Bukhari)

Monday, August 2, 2010

Baik Terlaksana Walaupun Tertangguh



Rasulullah s.a.w. bersabda :


"Barangsiapa yang bercita-cita membuat sesuatu kebaikan lalu tidak dilaksanakan, Allah menuliskan disisi-Nya satu kebaikan. Dan jika cita-cita membuat kebaikan lalu melakukannya, Allah menuliskannya denga 10 kebaikan hingga 700 dan bawalah kepada berlipat kali ganda dari itu."

(riwayat Abu Daud dan Tirmizi )

Jadi, bagaimana semua? Susah ke buat baik? Berniat buat baik pun dah dapat pahala inikan lagi melaksanakannya.. Ayuh, moh buat baik...

Saturday, July 24, 2010

Sayangi Ulama Pewaris Nabi


"Ulama dikeji artis disanjung" Ini ke slogan masa kini? Entahlah.. Kalau melalui peredaran zaman dan apa yang berlaku depan mata begitulah suasananya. Yang lebih menyedihkan ada suara-suara yang tak nyanyi pun sumbang apabila mengatakan ilmu agama yang ada pada kita sekarang bukan shohih dan tak kurang juga mengatakan ulama itu bukan macam Nabi dan Rasul , mereka tak maksum serta ada yang mengejek dan perli para ulama, ingkar dengan fatwa, marah dengan keputusan muzakarah para Ulama. Ingat tak kita akan hadith Rasulullah?

Rasulullah s.a.w. berfirman :

Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (Warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.

Hadith ini diriwayatkan Imam Ahmad, At-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majjah.

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.

(Surah An-Nahl : 43)

Rasulullah s.a.w. bersabda :


Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyayangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami. - (Riwayat Ahmad).


Para ulama berperanan untuk membimbing dan mendidik masyarakat serta menasihati pemerintah sekiranya mereka tidak menjalankan amanah dan tugas seperti yang dikehendaki oleh Islam. Jika para ulama diam membisu dari menyampaikan ajaran Islam yang sebenar maka sudah pastilah sesebuah negara dan masyarakat Islam itu akan menjadi rosak binasa dan jauh dari rahmat Allah Taala. Mereka juga berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan dan menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada manusia. Ilmu pengetahuan yang mereka perolehi itu mestilah disampaikan agar sekalian manusia terus terbimbing untuk melakukan kebaikkan dan sentiasa mentaati perintah Allah Taala.

Friday, July 16, 2010

Jangan Selemah-Lemah Iman


Rasulullah s.a.w. :

"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."

(hadith Riwayat Muslim)

Mahukah kita hanya "selemah-lemah iman" padahal apabila bercakap kita bukan main hebat. Pom pang pom pang.. Ini betul ini salah. Macam ni macam tu. Salah tu, bergini caranya tapi apabila di depan mata ada 'couple' sedang berpelukkan. Maka kita "hanya selemah-lemah iman" itu tandanya apa kita cakap habuk pun tiada dan itu tandanya iman kita masih lemah..

Saturday, July 10, 2010

Sudah sudahlah..


Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidak ada muslim yang ditimpa kesusahan, kesakitan yang berlanjutan, kerisauan, kesedihan, kecedaraan atau kekhuatiran ataupun dicucuk duri melainkan Allah akan menjadikannya ganti rugi (kifara) terhadap dosa-dosanya."

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

" Kemarahan berpunca dari kekecewaan, dan kekecewaan itu berpunca dari ketidakpuas hati menerima satu ketentuan. Atau boleh dianggap kekecewaan itu lahir apabila kita cuba menolak takdir yang tersurat. Bukan mudah menerima takdir yang besar. Apatah lagi menerima hakikat kita kehilangan sesuat berharga. " " Sesungguhnya kita tidak pernah memiliki apa-apa, bagaimana kita perlu merasai kehilangan sesuatu? Aku mengajak diriku dan temanku berfikir.. Adakah kamu memahami bahawa segala yang di dunia ini hanya pinjaman, sebagai modal untuk bekal ke akhirat. Adakah kamu mengerti? " * Kamu harus sedar bahawa kamu atau saya tidak memiliki apa-apa. Semuanya hak milik-Nya. * Segala yang kita miliki adalah pinjaman sementara. Lihat sahaja tubuh yang dapat melakukan pelbagai perkara, ia adalah anugerah Allah. Begitu juga dengan perasaan kamu, ia dapat merasakan bahagia, benci, suka dan duka, semuanya terilham dengan izin Allah. Justeru, seandainya tuan punya barang meminjam sesuatu kepada kita, lalu diambil kembali barang itu, adakah kita wajar marah kepadanya? Sudah tentu tidak, memang dia berhak keatas barangnya dari awal lagi. Ya tepat,itulah konsep manusia terhadap Allah S.W.T. Segalanya adalah pinjaman untuk dijadikan alat beramal sebagai bekal di akhirat. Jika kamu pernah memiliki sesuatu dan kehilangannya, bersyukurlah kerana kamu pernah merasa nikmat memiliki sesuatu itu. Begitu juga dengan nikmat perasaan, jika suatu ketika Tuhan anugerahkan kesedihan selepas kegembiraan, kamu juga patut bersyukur. Mudah-mudahan hidupmu akan segera diganti dengan kegembiraan yang lebih baik.


Friday, June 25, 2010

Hak Kita Bersama



Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata bahawa Rasul s.a.w telah bersabda:


"Hak orang muslim atas orang muslim yang lain ada enam perkara; jika engkau bertemu ucaplah salam kepadanya; jika dia memanggilmu, jawablah; jika dia meminta nasihat darimu, berilah dia nasihat; jika dia bersin dan memuji nama Allah, doakanlah baginya; jika dia sakit, ziarahkanlah dia dan jika dia meninggal dunia, iringkanlah jenazahnya".

Keterangan:

Hak Kita Bersama (Sesama Muslim)

1. Mengucapkan salam jika bertemu sebagai langkah untuk menghormati dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama ummat Islam.

2. Menjawab jika memanggil. Perbuatan ini supaya tidak menyakiti saudara kita. Begitulah juga kalaulah kita memangggil saudara kita dan saudara kita tidak menyahut walupun sepatah malah dia pergi dengan selamba aje. Tentulah timbul perasaan yang tak senang di jiwa kita.

3. Memberi nasihat jika diperlukan. Agama Islam juga digelar sebagai nasihat. Ingat memperingati juga diperintah oleh Islam untuk kita melakukannya kerana perbuatan sedemikian memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman.

4. Mendoakan kebaikan untuk orang muslim yang bersin dan memuji kepada Allah.

5. Menziarahi orang muslim yang sedang sakit dan berdoalah kepadanya seperti doa"Wahai tuhan manusia, hilangkanlah penderitaan ini, sembuhkanlah sakit, tuhanku yang menyembuhkan penyakitnya, tiada yang menyembuhkan melainkan tuhanku, iaitu sembuh yang tiada meninggalkan kesan penyakit." Ingatlah di antara kelebihan menziarahi orang sakit seperti sebuah hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Seseorang muslim apabila ia menziarahi saudaranya yang muslim itu, bermakna dia berada di dalam kebun syurga sehinggalah dia kembali ke tempatnya".

6. Mengiringi jenazah orang muslim ke kubur sehingga selesai dikebumikan.